SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor menteri besar.
This resulted in the state having to bear the extravagant purchase, said Nik Nazmi Nik Ahmad, the political secretary to Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
He was responding to Dr Khir's statement who said that the RM2 million purchase of 15 Toyota Camry cars showed that the Pakatan Rakyat leaders were more concerned about their needs than the welfare of Selangor people.
The opposition leader also questioned why the purchase was not made through an open tender and the state government should focus on fulfilling their election manifesto.
In a statement yesterday, Nik Nazmi said the open tender was not used because the cars were bought at market price for RM130,000 each.
The state government received its fleet of Camry cars on Friday.
As for the state's Proton Perdana V6 cars, those below two years old would be retained and used as pool cars.
Underneath is the official statement from the State Governement about this issue :
PEMBELIAN TOYOTA CAMRY TELUS
Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor Pimpinan Pakatan Rakyat memandang serius isu pembelian kereta Camry untuk kegunaan Exco serta Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor yang dilihat telah diputar belitkan oleh sesetengah pihak. Keputusan Pembelian Kereta Toyota Camry di buat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dan bukan tahun lalu kerana belum ada peruntukan ketika itu.
Merujuk kepada kenyataan Dato Khir Toyo yang dibuat dalam beberapa akhbar baru-baru ini sebenarnya telah mencerminkan keperibadian beliau serta kepimpinan UMNO yang masih berfikiran cetek. Keputusan Kerajaan Selangor membeli Toyota Camry sebenarnya dibuat adalah berdasarkan sebut harga yang dihantar syarikat kenderaan dan bukannya menerusi tender terbuka kerana harganya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Pembelian kereta Toyota Camry ini sebenarnya tidak menjejaskan langsung projek-projek kebajikan “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang telah dirancang kerana Kerajaan Negeri sudah mempunyai bajet untuk kesemua program berkenaan.
Segala kecaman yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang sebenarnya langsung tidak berasas, memandangkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sahaja menerajui Kerajaan Negeri telah berjaya melakukan pelbagai program bagi “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan cukup memberangsangkan. Lebih
jelik lagi apabila beliau sewaktu memegang jawatan Menteri Besar sebelum ini telah meluluskan pembelian kereta Mercedes S350L menggunakan peruntukan KDEB selaku pengerusinya yang berharga RM 917,214.00 semata-mata untuk kegunaan peribadi.
Adakah beliau lupa akan kos besar yang ditanggung kerajaan negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri akibat masalah pengurusan waktu itu? Adakah beliau lupa berapa banyak keuntungan dikaut pihak pemaju swasta dalam projek-projek usahasama sedangkan Kerajaan Negeri dibelakangkan.
Rakyat Malaysia juga sudah mulai sedar dan faham dengan mainan politik murahan BN. Ketua Pembangkang seharusnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan agar segala komen itu dilihat lebih membina daripada menfitnah dan tidak terkena ke mukanya sendiri.
Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Setiausaha Politik Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
(NST)
Coronavirus : Adakah ia ciptaan manusia?
-
Sebuah buku yang diterbitkan pada 1981 hasil tulisan Dean Koontz, “The Eyes
of Darkness” secara suratan atau kebetulan telah menjangkakan dunia pada
tahun ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment